JERANTUT: Seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24 di sini menerima pengiktirafan daripada Felda sempena Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. Muhammad Alimie Razak, 18, merupakan pelajar pertama SMK Jengka 24 memperoleh keputusan 9A sejak sekolah itu dibuka pada 1984. Anak bongsu daripada sembilan beradik itu berkata, kejayaan itu merupakan kebanggaan buat dirinya apabila dapat mengharumkan…










