PARIS: Parti sayap kanan Perancis, Perhimpunan Kebangsaan (RN) mendahului pusingan pertama dalam Pilihan Raya Parlimen, semalam. Berdasarkan keputusan awal yang dikeluarkan, parti yang dipimpin Marine Le Pen memperoleh undi selesa sebanyak 34 peratus berbanding dua pesaingnya. Barisan Popular Baharu (NFP), sebuah gabungan berhaluan kiri, berada di tempat kedua dengan 28.5 peratus undi, manakala gabungan parti kerajaan yang dipimpin Presiden Emmanuel Macron, Ensemble sekadar berada di tempat ketiga dengan 20.5 peratus…










