Op KPA: 57 saman termasuk dua tidak memiliki lesen - Utusan Malaysia

Op KPA: 57 saman termasuk dua tidak memiliki lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada masa untuk pergi membuat ujian antara alasan diberi pemandu yang tidak mempunyai lesen kenderaan perkhidmatan awam selepas ditahan dalam Op Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, operasi bermula bermula 7 pagi itu dijalankan di tiga lokasi iaitu Plaza Tol Karak, Plaza Tol Gombak dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dekat sini.

Katanya, operasi terbabit bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan pelancongan dan kenderaan perkhidmatan awam.

Jelasnya, ini termasuk pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Kaedah- Kaedah di bawahnya.

“Sebanyak 57 notis saman pelbagai kesalahan termasuk dua pemandu yang didapati tidak memiliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

“Pemandu ini memberi alasan masalah kewangan dan tiada masa untuk ambil lesen.

“Selain itu, antara kesalahan yang direkodkan ialah tiada pemandu kedua (2 kes), cermin retak (6 kes), cermin gelap (5 kes), langgar syarat pengendali (1 kes), kesalahan teknikal (21 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 20 kenderaan perkhidmatan awam juga telah diberi notis arah periksa.

Jelasnya, sebarang aduan trafik boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau pun http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan aduan lengkap.

Sebelum ini, media melaporkan operasi bersepadu besar-besaran terhadap bas persiaran di seluruh negara akan dilaksanakan bermula 2 Julai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut bagi mengesan sebarang salah laku dan ketidakpatuhan undang-undang yang dilakukan operator bas persiaran.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini