SEREMBAN: Tidak mahu dihambat dengan masalah kewangan Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) akan terus berusaha mencari dana penajaan khususnya menerusi penglibatan syarikat-syarikat korporat. Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Muhammad Faliq Firdaus Muhammad Rom berkata, kehadiran syarikat-syarikat tersebut yang tampil menghulurkan tajaan sudah tentu mengukuhkan kewangan pasukan yang bukan hanya perlu bersaing di Liga Super tetapi juga untuk menampung kos beberapa lagi pasukan NSFC. “NSFC bukan hanya ada pasukan Liga Super tetapi…