Netanyahu sendirian kendali rundingan dengan Palestin

Netanyahu sendirian kendali rundingan dengan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Sumber Israel mendedahkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bergerak bersendirian dalam mengetuai rundingan mengenai perjanjian pertukaran tahanan dengan kumpulan pejuang Hamas.

Penyiar awam KAN melaporkan, Netanyahu dikatakan hanya bersendirian dalam mengendalikan rundingan dan beliau dijangka memutuskan pendiriannya berkaitan perbincangan itu.

Sumber mendedahkan, Netanyahu mengawal semua butiran rundingan dan lebih memberi tumpuan berbanding sebelum ini.

Akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan, wujud kebimbangan di Israel, Netanyahu cuba menghalang perjanjian tahanan, berikutan perselisihan antara beliau dengan Ketua Perisikan Israel, David Barnea berhubung beberapa syarat dalam cadangan gencatan senjata.

Katanya, satu daripada perbezaan utama antara Mossad, perkhidmatan keselamatan am Israel, Shin Bet dan Netanyahu ialah agensi itu tidak bersetuju untuk kembali berperang melainkan Hamas melanggar mana-mana syarat perjanjian.

Bagaimanapun, kehendak agensi keselamatan itu bertentangan dengan pendirian Netanyahu yang mahu meneruskan pertempuran dalam apa juga keadaan.

Khamis lalu, Ketua Shin Bet, Ronen Bar memimpin delegasi Tel Aviv ke Kaherah untuk meneruskan rundingan gencatan dan kembali ke Israel pada Jumaat.

Usaha Amerika Syarikat (AS), Qatar dan Mesir untuk menjadi pengantara perjanjian antara Israel dan Hamas terhalang oleh penolakan Netanyahu terhadap gesaan Hamas bagi menghentikan permusuhan.

Israel, mengingkari resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata, berdepan kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam berterusannya di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.

Sehingga kini, lebih 38,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain hampir 88,300 yang lain cedera.

Perang yang berlarutan selama sembilan bulan itu juga mengakibatkan keseluruhan wilayah Gaza lumpuh, dengan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan meliputi makanan, air bersih dan bekalan perubatan.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×