‘Mustahil mereka dapat capai keropok dicampur racun’

‘Mustahil mereka dapat capai keropok dicampur racun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Makanan ringan berupa keropok yang dicampur serbuk racun tikus bagi memerangkap monyet didakwa sukar dicapai oleh kanak-kanak termasuk dua beradik di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim.

Dakwa seorang pekebun, keropok itu digantung pada ketinggian lebih 1.2 meter serta diikat ketat menggunakan tali tangsi sekali gus sukar untuk diambil oleh kanak-kanak kecil.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Am, 35, berkata, adik lelakinya yang kini ditahan polis turut memaklumkan keropok berkenaan tidak digantung pada pagar berdekatan jalan, sebaliknya diletak di kawasan laluan monyet berhampiran hutan.

“Jadi, mustahil budak-budak itu (mangsa) dapat capai makanan ringan tersebut yang diikat pada pagar kebun. Hanya terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada orang dewasa mengambilnya atau monyet ambil dan terjatuh di mana-mana.

“Adik juga beritahu dia letak kira-kira lima bungkusan keropok dicampur racun tikus pada pagar kebun dengan tiga dipercayai sudah diambil monyet, manakala satu hilang dan satu lagi masih berada di situ,” dakwanya ketika ditemui di Kampung Banggol Berangan, di sini kelmarin.

Dia yang mempunyai pertalian saudara dengan keluarga Allahyarham Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, hadir pada majlis pengebumian kanak-kanak itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan.

Katanya, racun tikus dari China dan tidak berdaftar itu turut digunakan beberapa pekebun lain di kawasan tersebut.

“Ia amalan biasa yang mana racun tidak berdaftar ini ada dijual di kedai-kedai di Kulim selain turut dijual secara dalam talian. Racun ini murah, dijual pada harga RM3 sepeket.

“Memang biasanya guna makanan ringan jenis itu kerana warna bungkusan yang menarik selain warna keropok yang terang dan monyet akan menjilatnya apabila terkena pada jari. Kami tak guna buah sebab bimbang lembu jilat atau makan buah itu,” dakwanya.

Katanya, berdasarkan penge­tahuannya, monyet yang mengambil makanan ringan itu pasti akan makan makanan tersebut.

Am berkata, dia juga merupakan individu yang membawa arwah dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, ke Klinik Kesihatan Malau untuk mendapatkan pertolongan pada hari kejadian.

“Ibu arwah berlari meminta tolong dan saya bersama ibu saya telah bantu sedaya upaya kami. Kami mendoakan yang terbaik buat ibu arwah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×