Mesir tolak hantar tentera ke Gaza

Mesir tolak hantar tentera ke Gaza

PASUKAN tentera Mesir mengawal persimpangan sempadan Rafah antara Mesir dan Gaza, di Rafah.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sumber peringkat tertinggi Mesir menegaskan Kaherah menolak untuk menghantar pasukan tenteranya ke Gaza, lapor Al-Qahera News.

Menurut sumber, sebarang pengaturan keadaan di dalam Gaza selepas operasi ketenteraan Israel adalah semata-mata urusan Palestin.

Sumber itu mendakwa, Kaherah meningkatkan hubungan dengan Israel dan Palestin untuk menangani cabaran dalam usaha mencapai perjanjian gencatan senjata.

Katanya, Kaherah memaklumkan semua pihak bahawa pembebasan tebusan dan penamatan serangan tentera mesti direalisasi melalui gencatan senjata kekal serta perjanjian pertukaran.

Tel Aviv menganggarkan kira-kira 120 tebusan Israel ditahan oleh Hamas di Gaza.

Hamas meletakkan gencatan senjata kekal sebagai syarat untuk sebarang perjanjian pertukaran tebusan, namun ditentang oleh kerajaan Israel.

Sementara itu, sumber tersebut turut menafikan kelulusan Mesir untuk pemindahan lintasan Rafah dengan Gaza atau pembinaan lintasan baharu berhampiran Kerem Shalom.

Dia juga menafikan penglibatan Mesir dalam sebarang perbincangan mengenai pengawasan Israel di lintasan Rafah, satu-satunya pintu Gaza ke dunia luar.

Sumber turut menekankan keinginan Mesir untuk penarikan sepenuhnya tentera Israel dari bahagian Palestin di pintu sempadan Rafah.

Sejak 7 Mei tahun lalu, Mesir secara konsisten menentang pengambilalihan Israel terhadap pintu sempadan Rafah dan menolak untuk bekerjasama dengan pasukan itu dalam urusan penghantaran bantuan.

Bulan lalu, Mesir mula mengalihkan trak bantuan yang membawa bekalan penting ke lintasan Karem Shalom antara Israel dan Gaza, berikutan perjanjian antara Kaherah dan Washington.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN