Malaysia-Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin - Utusan Malaysia

Malaysia-Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia termasuk dalam aspek penugasan pasukan pengaman di Palestin sekiranya diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kesediaan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam panggilan ringkasnya Bersama Presiden Terpilih Indonesia yang juga Menteri Pertahanan ketika ini, Prabowo Subianto.

Perdana Menteri berkata, beliau menyambut baik gagasan Kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia – Indonesia dan kolaborasi yang boleh diperluaskan ke peringkat Asean.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam perbualan kira-kira tiga minit itu, kami juga sempat bertukar pandangan mengenai isu semasa, khususnya peranan Prabowo dalam mewakili Indonesia ke persada antarabangsa akhir-akhir ini dan membawa visi, kolaborasi serta keamanan serantau dan sejagat.

“Menyentuh situasi kemanusiaan di Palestin, saya maklumkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama termasuk dalam aspek penugasan pasukan pengaman bersama Indonesia sekiranya diberi mandat oleh PBB,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya malam tadi.

Anwar berkata, perbualan selama tiga minit itu adalah bagi menzahirkan kesyukuran atas kejayaan pembedahan yang dilalui oleh Probowo baru-baru ini.

Pada masa sama, Anwar turut mendoakan supaya Probowo diberikan rawatan baik dan penjagaan rapi sepanjang tempoh pemulihan selain mendapat kesembuhan segera untuk bingkas kembali melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.

“Di akhir perbualan, saya zahirkan harapan agar pilihan raya Indonesia yang bakal berakhir dengan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) pada 27 November 2024 nanti berlangsung dengan baik dan dipermudahkan.

“Moga segala persediaan untuk pelantikan Prabowo sebagai Presiden pada 20 Oktober 2024 akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini