LHDN kutip RM512.6j daripada RM1.29b cukai

LHDN kutip RM512.6j daripada RM1.29b cukai

Amir Hamzah Azizan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0.

Jumlah itu adalah kutipan bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah taksiran itu didapati melepasi sasaran awal ditetapkan iaitu sebanyak RM1 bilion.

“Sepanjang tempoh tersebut juga, LHDN telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan pengakuan sukarela yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain-lain kate­gori seperti pertubuhan.

“Jumlah ini melibatkan taksiran cukai yang dilaporkan seba­nyak RM1.29 bilion,” katanya di Dewan Rakyat, di sini semalam.

Terdahulu, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) meminta kerajaan menjelaskan keberkesanan PKPS 2.0, bilangan syarikat dan individu yang menyertainya serta nilai kutipan hasil yang berjaya diperoleh agar dapat dibelanjakan bagi tujuan kebaikan dan kebajikan rakyat.

PKPS 2.0 adalah program dilaksanakan oleh LHDN dan JKDM dengan tawaran penalti pada kadar kosong peratus bagi pengakuan sukarela dibuat oleh individu dan syarikat dalam tempoh ditetapkan.

“Tempoh PKPS 2.0 selama setahun memadai untuk memberi peluang kepada pembayar cukai melaporkan pendapatan atau tanggungan cukai untuk urus niaga jualan atau perkhidmatan bagi tempoh terdahulu.

“Setakat ini kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan program berkenaan untuk tempoh lebih panjang. Walaupun PKPS 2.0 tidak diteruskan, ke­dua-dua agensi LHDN dan JKDM telah merangka strategi bagi meningkatkan pematuhan cukai,” katanya.

Amir Hamzah turut berkata, JKDM telah menyediakan satu strategi audit baharu bagi tempoh mulai tahun 2024 hingga 2026 yang bersifat mencegah dan mengesan ketirisan hasil.
Strategi ini akan meningkatkan tahap kepatuhan entiti perniagaan terhadap perundangan cukai tidak langsung menerusi pendekatan audit komprehensif dan bersifat mesra pelanggan yang dinamakan Audit Verifikasi Pematuhan (AViP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN