Korea Utara hantar tentera elit berlatih di Russia

Korea Utara hantar tentera elit berlatih di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Delegasi ketenteraan elit Korea Utara berlepas ke Russia sebagai pertukaran ketenteraan pertama dan eksesais antara kedua-dua negara sejak pemimpinnya menandatangani perjanjian kerjasama tentera yang lebih erat.

Presiden Universiti Tentera Kim Il Sung, Kim Geum Chol mengetuai delegasi pegawai latihan ketenteraan yang menaiki pesawat tentera, lapor agensi berita negara, KCNA.

Laporan tersebut tidak memberikan butiran lanjut termasuk tujuan lawatan dan lokasi spesifik di Russia.

Dinamakan sempena pengasas negara, universiti itu merupakan tempat latihan bagi pegawai tentera elit dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menghadirinya selepas belajar di Switzerland semasa dilatih sebagai pemimpin ketiga negara itu.

Perkembangan itu berlaku ketika kedua-dua negara bertukar rekod jumlah pegawai peringkat tinggi tahun lalu, termasuk lawatan Presiden Russia, Vladimir Putin ke Pyongyang, Jun lalu.

Dalam mesyuarat itu, Putin dan Jong Un menandatangani perjanjian ‘Perkongsian Strategik Komprehensif’, meliputi kerjasama pertahanan sebagai satu perikatan.

Bagaimanapun, hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara itu membimbangkan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini, AS pernah menunjukkan bukti penghantaran senjata oleh Korea Utara ke Russia untuk digunakan menentang Ukraine, selain percaya Pyongyang mungkin menerima dari Moscow.

Bagaimanapun, kedua-dua negara itu menafikan sebarang transaksi senjata.

Terdahulu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol memberi amaran kepada Moscow berhubung kesan negatif daripada persahabatan dengan Pyongyang terhadap hubungan ekonomi yang makin aktif antara kedua-dua negara.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×