Keputusan Speaker ibarat senjata makan tuan kepada Bersatu - Fahmi

Keputusan Speaker ibarat senjata makan tuan kepada Bersatu – Fahmi

MENTERI Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bercakap kepada media selepas majlis penyerahan helmet kepada pelajar secara percuma di Sekolah Kebangsaan Bangsar - UTUSAN/Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat terhadap ahli Parlimen yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diibaratkan senjata makan tuan pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, keputusan Dewan Rakyat juga tidak memberi sebarang kesan kepada PKR.

“Saya sendiri melihat surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Saya berpandangan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menceritakan separuh jalan (berkenaan surat itu). Dia tidak bercakap keseluruhan dalam surat perlembagaan itu sendiri.

“(Keputusan) itu tidak ada kesan kepada PKR. Ini kerana saya salah seorang yang membincangkan daripada lima ahli Pakatan Harapan (PH) dalam jawatankuasa khas untuk meneliti pindaan perlembagaan bagi tujuan melarang lompat parti. 

“Pada waktu itu banyak pandangan diberikan tetapi malangnya pihak daripada Bersatu, kumpulan yang paling tidak bersetuju dengan beberapa pindaan dan cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa khas itu.

“Namun, hari ini kita melihat mereka seperti senjata makan tuan. Mungkin sebelum ini mereka berhasrat untuk mengambil tindakan tertentu bagi menarik sokongan, namun kejadian sebaliknya berlaku terhadap mereka,” katanya ditemui pemberita di sini.

Bersatu mengesahkan telah menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung status enam ahli Parlimen parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN