Kematian akibat demam West Nile meningkat di Israel

Kematian akibat demam West Nile meningkat di Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Jumlah kematian akibat demam West Nile di Israel meningkat kepada 31, sejak wabak tersebut melanda pada Mei.

Menurut Kementerian Kesihatan Israel, 356 pesakit disahkan menghidap penyakit berjangkit itu, lapor akhbar Yedioth Ahronoth.

Kemas kini kementerian memaklumkan, kematian akibat virus itu meningkat 70 peratus dalam tempoh dua hari terakhir.

Kebanyakan pesakit adalah dari wilayah tengah negara itu termasuk Tel Aviv, katanya.

Akbar itu melaporkan, pakar sehingga kini masih belum mengenal pasti punca peningkatan jangkitan dan penyebarannya pada musim panas.

Minggu lalu, pihak berkuasa Israel menggesa pegawai mempergiatkan pemantauan dan usaha membasmi nyamuk, selain menekankan kepentingan kesedaran awam serta langkah pencegahan.

Virus West Nile disebarkan kepada manusia melalui nyamuk yang memakan burung yang dijangkiti.

Individu yang dijangkiti virus itu akan mengalami gejala seperti demam, sakit kepala, letih, sakit badan, loya dan muntah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN