Kelantan pantau ajaran Millah Abraham

Kelantan pantau ajaran Millah Abraham

MOHD. Asri Mat Daud (tengah) bersama Pengarah JAHEAIK, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh (dua dari kiri) pada Program Pemuliaan Abu Al-Quran Bersama Penenggelaman Vessel Lucut Hak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan di perairan Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melakukan pemantauan ke atas pergerakan ajaran Millah Abraham walaupun tiada sebarang kes berkait perkara itu direkodkan setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud berkata, tindakan itu bertepatan dengan keputusan fatwa Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 6 Ogos 2017 yang menegaskan fahaman serta ajaran itu menyeleweng dan bertentangan dengan Islam.

“Melalui fatwa itu juga, apa-apa bahan publisiti dan sebaran yang menunjukkan ajaran, pegangan, fahaman serta ajaran Millah Abraham atau seumpamanya dalam apa juga bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, X atau media sosial lain adalah diharamkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mana-mana orang Islam melakukan perkara berkenaan adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang di Kelantan,” katanya pada sidang media selepas Program Pemuliaan Abu Al-Quran Bersama Penenggelaman Vessel Lucut Hak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan di perairan Kuala Besar, di sini hari ini.

Mohd. Asri memberitahu, penggunaan media sosial secara meluas membolehkan ajaran Millah Abraham tersebar dengan cepat, malahan mereka yang terlibat dilihat semakin berani menonjolkan diri.

“Oleh itu kita menyeru semua pihak untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat mengenai penularan ajaran Millah Abraham atau lain-lain ajaran sesat dan menyeleweng di negeri ini.

“Jangan dibiarkan kerana ia akan membawa kesan lain yang lebih buruk kepada seluruh masyarakat,” ujarnya.

Utusan Online sebelum ini melaporkan seorang pemuzik jalanan dijatuhi hukuman denda RM2,000 dan penjara satu bulan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengajar kepercayaan bertentangan agama Islam berkaitan ajaran Millah Abraham kepada isterinya.

Hakim Syarie, Ruzita Ramli turut memerintahkan tertuduh, Norasid Md. Said, 50, dipenjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda.

.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini