SEREMBAN: Kejayaan meraih kemenangan ke atas pasukan Sri Pahang FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, petang semalam sudah pasti melegakan kem Negeri Sembilan FC (NSFC) khususnya buat ketua jurulatih mereka, Azzmi Ab. Aziz. Kemenangan dengan jaringan 2-0 itu ternyata mengembirakan apatah lagi selepas (NSFC) tidak meraih sebarang mata sebelum ini selepas mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut dalam aksi Liga Super itu. “Kami bersyukur dengan kemenangan ini yang diusahakan oleh setiap…