Israel ‘bermimpi’ menang perang dengan Hamas di Gaza

Israel ‘bermimpi’ menang perang dengan Hamas di Gaza

GAMBAR yang disiarkan oleh askar Israel pada 25 Julai lalu, menunjukkan operasi darat pasukan tentera di Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tokoh kanan dalam kerajaan Israel seperti bermimpi di siang hari apabila yakin dapat menewaskan pejuang Hamas.

Katanya, tentera Israel hampir mencapai matlamat perang serta membawa pulang tebusan yang ditawan di Gaza.

Bagaimanapun, kekuatan Hamas sebagai pasukan gerila dan pengaruhnya di wilayah terkepung itu sukar disangkal dan kekal menjadi mimpi ngeri buat rejim Zionis.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant tetap angkuh kononnya Israel hampir menuju ke garisan penamat untuk menewaskan Hamas.

“Kita sedang menghapuskan Hamas sebagai sebuah organisasi ketenteraan dan mencipta situasi yang akan membolehkan kami membuat perjanjian untuk membebaskan tebusan,” kata Gallant.

Tentera Israel mendakwa sebahagian besar rangkaian terowong Hamas di bawah Gaza juga dimusnahkan atau sudah terjejas.

Dua sumber Israel dan dua sumber Palestin memberitahu Reuters, rangkaian komunikasi yang dibina oleh Hamas sebelum perang mengalami kerosakan teruk.

Ini menyebabkan arahan tidak selari dan bergantung kepada mesej yang dihantar secara peribadi untuk mengelakkan pengawasan Israel, kata sumber Palestin.

Sumber Palestin yang mengetahui taktik ketenteraan Hamas berkata, kehilangan anggota dan kerosakan pada rangkaian komunikasi menyebabkan sistem pengambilan keputusan terjejas.

Bagaimanapun, taktik gerila yang diguna pakai oleh sel Hamas dalam beberapa minggu kebelakangan ini, hanya bertujuan untuk memastikan kumpulan itu bertahan, mengikat tentera Israel dan menyebabkan kerugian, menurut seorang lagi sumber Palestin.

Bagaimanapun, Hamas menegaskan, walaupun pasukannya mengalami kerugian, struktur arahannya masih kekal meskipun lemah.

Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, laporan Israel sengaja membesar-besarkan tahap kerugian, sedangkan fakta di lapangan adalah berbeza sama sekali.

Dalam kenyataan pada 16 Julai lalu, tentera Israel mendakwa berjaya membunuh atau menahan sekurang-kurangnya 14,000 pejuang Hamas daripada anggaran 30,000 hingga 40,000 anggota yang dimiliki kumpulan itu, di awal konflik.

Tentera Israel juga mendakwa kononnya menghapuskan separuh daripada kepemimpinan Briged Al-Qassam dan memburu pemimpin tertinggi Hamas sebagai sebahagian matlamat untuk melumpuhkan keupayaan kumpulan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×