Ibu rindu anak menghilangkan diri

Ibu rindu anak menghilangkan diri

Saifor Armi Ishak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Kerinduan seorang ibu terhadap zuriatnya tiada galang ganti walaupun anak lelakinya itu menghilangkan diri sejak 24 tahun lalu.

Eshah Awang, 69, berkata, anaknya, Saifor Armi Ishak yang kini mencecah usia 50 tahun menghilangkan diri sejak berusia 26 tahun selepas pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.

“Setelah seminggu di Kuala Lumpur, Saifor menghubungi saya kerana mahu sedikit wang belanja sebanyak RM70 sementara dia mendapat gaji.

“Saya kirim wang tersebut melalui akaun bank rakannya, selepas itu dia terus senyap tanpa khabar berita sehingga sekarang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lanai, semalam.

Eshah berharap anak sulung daripada sembilan beradik itu segera kembali ke pangkuan keluarga kerana mereka amat merinduinya dan ingin tahu perkembangan terkininya.

Sementara itu, adik Saifor Armi, Aswalni, 46, berkata, dia dan abangnya sangat rapat dan sentiasa bersama-sama ketika mereka bekerja di Langkawi dan Pulau Pinang.

“Saya pernah tinggal di Kuala Lumpur selama 10 tahun, saya cuba cari dia di merata tempat seperti Selayang dan di mana sahaja yang diberitahu oleh rakan-rakan atau orang kampung yang pernah nampaknya, tetapi tidak jumpa.

“Pencarian turut dilakukan di balai-balai polis sekitar Kuala Lumpur termasuk carian di Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, hospital, bank dan sebagainya. Bukan setakat rekod, malah namanya juga tiada dalam mana-mana sistem kerajaan atau swasta,” katanya.

Katanya, kehilangan abang­nya pernah disiarkan akhbar-akhbar tempatan namun tiada pihak yang dapat menjejakinya sehingga mereka hampir berputus asa selain turut pernah me­laporkan kehilangan abangnya di media sosial.

“Jika abang masih hidup, pulanglah segera kami terima abang seadanya dan reda de­ngan apa yang berlaku. Ibu dan ayah semakin uzur dan se­ring sakit, mereka ingin melihat abang walaupun sekejap sebelum menutup mata.

“Jika berlaku sebaliknya, kami reda dengan ketentuan Ilahi tapi sebolehnya kami ingin­ tahu di mana kuburnya dan jika tiada juga, hanya doa yang mampu kami kirimkan,” kata­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×