Nelissa hadkan pergaulan, elak digelar penyondol

Nelissa hadkan pergaulan, elak digelar penyondol

nelissa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelakon kena jaga sikap.  Itu pendirian tegas pelakon cantik dan berbakat, Nelissa Nizam mengenai isu penyondol atau perosak kebahagiaan orang lain, yang sering juga dikaitkan dengan mereka yang bergelar pelakon.

Sedar tentang betapa ‘panas’ isu tersebut diperkatakan dewasa ini, pelakon berusia 26 tahun itu mengambil langkah berhati-hati, menjaga sikap dan pergaulan di set penggambaran untuk mengelakkan fitnah.

“Tentu saya berhati-hati. Dan saya pasti kebanyakan pelakon wanita yang lain juga telah meletakkan had pergaulan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.

“Tapi, setakat ini belum lagi saya berdepan sebarang isu hanya kerana berlakon dengan pelakon lelaki berstatus suami atau kekasih orang. 

“Masing-masing bersikap profesional, hubungan atas dasar kerja sahaja. Habis kerja, habis,” katanya yang ditemui pada sidang media drama Bawah Payung Awan baru-baru ini.

Kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu, set penggambaran bukanlah tempat untuk mencari pasangan.

Justeru, sebagai pelakon, dia lebih awal memperbetulkan niat, masuk dunia lakonan untuk mencari pendapatan dan membina kerjaya.

“Tak pernah sekali pun saya berniat untuk cari pasangan di set penggambaran. Kerja adalah kerja.

“Saya pun risau terlebih cakap mengenai perkara ini. Kalau boleh, tidaklah.

“Soal jodoh, saya serahkan kepada Allah S.W.T. Tapi minta dijauhkan daripada suami atau kekasih orang,” katanya.

WATAK BOHSIA

Bercakap tentang lakonan Nelissa dalam drama Bawah Payung Awan, pujian selayaknya diberikan kepadanya yang berjaya menghidupkan watak Hanan, seorang gadis bohsia yang tinggal di kawasan setinggan.

Nelissa mengaku bukan mudah melakonkan watak tersebut yang jauh berbeza dengan karakternya yang sebenar.

“Saya ada kawan yang gaya tubuh dan sikapnya menyamai watak Hanan. Jadi saya rujuk dia untuk hidupkan karakter ini.

“Memang watak ini keterlaluan. Saya khuatir penonton akan benci saya kerananya. Saya harap mereka dapat bezakan antara realiti dan lakonan.

“Walau bagaimanapun, saya berlapang dada dan terima segala kritikan dan teguran. 

“Apa pun, saya mahu penonton tahu yang bahawasanya saya telah memberikan yang terbaik untuk karakter Hanan,” kongsinya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×