Fahami anak muda, penentu masa depan negara - Shamsul Anuar - Utusan Malaysia

Fahami anak muda, penentu masa depan negara – Shamsul Anuar

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Setiap pemimpin UMNO harus memahami dan memenuhi keinginan rakyat, terutamanya generasi muda kerana mereka merupakan penentu masa depan negara. 

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, melaksanakan keinginan serta kemahuan pemimpin, tetapi tidak digemari atau disukai rakyat pasti tidak akan membawa keuntungan kepada UMNO.

“Kesilapan UMNO adalah apabila hanya melakukan sesuatu hanya (nampak) hebat pada pandangan UMNO, tetapi tidak pada mata anak muda. UMNO mesti punyai keupayaan dan maklumat yang lengkap, apa rakyat inginkan daripada UMNO. 

“Semua ini sangat penting supaya setiap polisi atau dasar parti serta aktiviti yang UMNO lakukan memenuhi inspirasi rakyat kerana mereka penentu segalanya.

“Kita mesti memahami serta menyedari bahawa pengundi muda akan menjadi penentu bagi masa depan parti,” katanya merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Segamat di Dewan Muafakat Taman Yayasan, di sini.

Menurutnya, UMNO mesti memenuhi keinginan anak muda yang pelbagai agar apa yang UMNO lakukan tidak ditolak oleh mereka.

“Justeru, agenda mendekati anak muda mesti dijadikan agenda parti,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN