Caruman SKSSR masih rendah di Kelantan

Caruman SKSSR masih rendah di Kelantan

NORA Yaacob (tengah) bersama pesakit kanser payu dara dan tulang, Rosliza Muhamad Amin di Kampung Manek Urai, Kuala Krai semalam. – UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di negeri ini masih rendah apabila seramai 385 orang atau 9.04 peratus suri rumah yang mencarum setakat Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, jumlah itu masih sedikit jika dibandingkan dengan sasaran seramai 5,551 suri rumah berdaftar SKSSR sepanjang tahun ini.

Menurutnya, suri rumah di negeri ini disarankan supaya mendaftar SKSSR bagi mendapat faedah caruman sekiranya berlaku sebarang musibah.

“Jumlah suri rumah yang mendaftar masih lagi berkurangan meskipun skim tersebut sudah diperkenalkan sejak Disember 2022.

“Caruman skim itu hanya berjumlah RM120 setahun atau RM10 sebulan bagi semua wanita sehingga berusia 55 tahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada pesakit kanser payu dara dan tulang, Rosliza Muhamad Amin, 54, di Kampung Manek Urai, di sini semalam.

Nora memberitahu, SKSSR turut mendapat tajaan kerajaan melibatkan suri rumah yang layak iaitu berdaftar dengan eKasih seramai 9,470 orang.

Katanya, suri rumah dinashatkan tidak mengharapkan caruman itu ditaja semata-mata dan perlu mencarum sendiri demi keperluan diri.

“Caruman itu juga bukan hanya untuk suri rumah sahaja, tetapi ia juga melibatkan penjawat awam. Ini kerana, mereka merupakan suri rumah selepas waktu bekerja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN