BENTONG: Polis belum menemukan sebarang petunjuk berhubung kehilangan seorang pelajar perempuan tingkatan lima di Felda Lurah Bilut di sini sejak Isnin lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, usaha mengesan pelajar itu, Nur Aina Faqihah Shahrizan, 17, giat dilakukan selepas dia dilaporkan hilang pada 15 Julai lalu. “Polis masih lagi menjalankan siasatan dan sehingga sekarang kita masih belum dapat ‘clue’ lagi ke mana dia menghilangkan diri. “Saya minta…