PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mendekati bekas tahanan kumpulan ekstremis dan ajaran sesat di negara ini termasuk 13 bekas ahli kumpulan Al-Maunah bagi mengelakkan ancaman kepada keselamatan negara. Ini bagi memastikan peristiwa serangan balai polis di Ulu Tiram, Johor yang menyebabkan anggota terkorban dan mencetuskan kebimbangan awam tidak berulang. Pendekatan yang diambil adalah menerusi pelbagai program pemulihan terhadap bekas-bekas tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012…










