Anak Orang Asli terima Anugerah Khas Maal Hijrah

Anak Orang Asli terima Anugerah Khas Maal Hijrah

FIFI Nurfatin Marjaidi Hirwan menerima Anugerah Khas pada Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Perak di Ipoh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Berkat kecemerlangan memperoleh 9A dalam pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar Orang Asli, Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan, 18, dipilih menerima Anugerah Khas pada Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Pe­rak semalam.

Lebih menggembirakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah itu apabila anuge­rah tersebut disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Fifi Nurfatin dari suku kaum Semai itu, satu-satu­nya pelajar Orang Asli di Perak yang meraih semua A dalam mata pelajaran daripada keseluruhan 543 calon Orang Asli yang menduduki SPM tahun lalu.

Anak pasangan Marjaidi Hirwan Sinak, 40, dan Noorhayati Alang, 40, itu memperoleh A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik dan A bagi Bahasa Inggeris, Fizik dan Kimia manakala A- bagi subjek Matematik Tambahan dan Bio­logi.

Menurut Fifi Nurfatin, dia bersyukur dengan anugerah yang diterimanya itu walaupun mengakui terkejut apabila dihubungi wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Saya sangat bersyukur me­nerima anugerah daripada Sultan Nazrin dan tidak sangka saya boleh pergi sejauh ini.

“Malah, ketika disapa Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim pun saya rasa tidak percaya. Baginda bertanyakan hala tuju saya selepas ini dan saya menjawab mahu menjadi seorang guru,” kata ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, dia berharap anugerah yang diterimanya itu dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar Orang Asli lain untuk belajar bersungguh-sungguh sekali gus melakar kejayaan serupa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN