'Ada yang diliwat guna batang besi panas'

‘Ada yang diliwat guna batang besi panas’

SATU imej yang didedahkan oleh CNN menunjukkan seorang tahanan Palestin ditutup mata dengan tangannya diletakkan di atas kepala di penjara Sde Teiman. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Zionis memperlakukan tahanan Palestin di penjara Israel seperti objek yang tidak bernyawa dengan pelbagai bentuk penyiksaan teruk hampir setiap hari.

Peristiwa ngeri itu didedahkan Pengarah Hospital Al-Shifa, Dr Muhammad Abu Salmiya yang dibebaskan selepas lebih tujuh bulan ditahan dalam operasi ketenteraan Israel di Gaza.

Beliau berkata, tahanan Palestin mengalami pelbagai bentuk penyeksaan mengerikan, bahkan turut diperlakukan kejam oleh doktor perubatan Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Salmiya berkata, tiada pertubuhan antarabangsa dan peguam dibenarkan melawat tahanan, selain turut dinafikan hak rawatan perubatan.

Beliau yang ditahan pada November tahun lalu, ditempatkan di pusat tahanan terkenal, Sde Teiman, sebuah kemudahan penjara tentera yang diwujudkan untuk menahan rakyat Palestin dari Gaza tanpa sebarang pertuduhan.

KEM MAUT

Peguam Palestin, Khaled Mahajneh, yang baru-baru ini memberi keterangan secara langsung mengenai keadaan di kem tahanan selepas diberikan hak lawatan, mendedahkan layanan di penjara Sde Teiman lebih mengerikan daripada Penjara Abu Ghraib di Iraq dan Pusat Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

Mahajneh berkata, kira-kira 4,000 tahanan dari Gaza melabelkan Sde Teiman sebagai ‘kem maut’ selepas sekurang-kurangnya 35 tahanan mati dalam ‘keadaan tidak diketahui’, dengan mata ditutup, digari dan dipaksa tidur membongkok di atas lantai.

Mandi, seminggu sekali, selama satu minit adalah satu-satunya tahanan yang dilepaskan daripada rantai gari. Namun, mereka diancam hukuman lebih berat, termasuk dibiarkan di tengah panas atau hujan, jika melebihi waktu yang diberikan.

Laporan yang diterbitkan oleh CNN, The New York Times dan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) juga membuktikan terdapat serangan seksual yang teruk berlaku di penjara Sde Teiman.

Terdapat kes tahanan lelaki diliwat menggunakan batang besi panas dan tahanan dibiarkan mati secara perlahan-lahan akibat kecederaannya.

Tahanan wanita juga mengalami serangan seksual. Seorang mangsa berusia 34 tahun memberikan keterangan kepada PBB, mengenai tindakan askar Israel menanggalkan tudung, sebelum mencabul dan merogol mereka.

Selain itu, tahanan turut diseksa melalui kaedah menghalang mereka tidur, dibiarkan kelaparan dan penggunaan bunyi untuk penyeksaan, sementara akhbar Haaretz mendedahkan anggota badan mereka akan dipotong selepas peredaran darah terputus akibat diikat terlalu ketat.

HAK ASASI DINAFIKAN

Walaupun kebanyakan perhatian media tertumpu kepada penjara Sde Teiman, terdapat sekurang-kurangnya 21,000 rakyat Palestin yang ditahan oleh rejim Israel di seluruh pusat tahanan, yang sebenarnya hanya mampu menampung 14,500 banduan.

Sejak Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir diberi kuasa mengendalikan tahanan, hampir semua hak asasi yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa untuk tahanan dinafikan.

Ini termasuk hak mendapatkan makanan, air bersih, lawatan keluarga, kebersihan dan peralatan tempat tidur.

Banduan Palestin yang kebanyakannya ditahan tanpa tuduhan sering dipukul secara rutin, mengalami pengabaian perubatan, disoal siasat berulang kali tanpa kehadiran peguam, dibiarkan kelaparan, didera secara lisan dan ditempatkan dalam sel pengasingan.

Kaedah penyiksaan seperti kedudukan tekanan, tahanan diikat pada kerusi dengan kaki lebih kecil di bahagian hadapan dan dipaksa membuang air besar pada diri sendiri, menjadi rutin selama ini dan semakin digunakan secara intensif.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini