KOTA BHARU: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada pemimpin lain termasuk cawangan untuk memberikan reaksi berkait kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Ahli Parlimen Marang sebaliknya berkata, beliau enggan memberikan sebarang komen terhadap perkara tersebut. “Biar orang lain jawab, orang cawangan pun boleh jawab,” katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Kelantan Membangun Bersama Islam Internasional Conference 2024 (KelMIC 2024) di sini…










