66 peratus rakyat Israel mahu Netanyahu bersara dari politik

66 peratus rakyat Israel mahu Netanyahu bersara dari politik

PENUNJUK perasaan berarak ke kediaman rasmi Netanyahu di Baitulmuqaddis dalam siri protes mega antikerajaan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Dua pertiga daripada rakyat Israel menyokong jika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meninggalkan politik dan tidak bertanding untuk penggal baharu.

Menurut tinjauan dijalankan oleh saluran peribadi Israel 12, 66 peratus responden mahu Netanyahu, 74, bersara dan tidak bertanding untuk penggal ketujuh sebagai Perdana Menteri.

Hanya 27 peratus responden yang menyokong beliau kekal berkuasa dan bertanding untuk penggal baharu, lapor agensi Anadolu.

Sementara itu, satu lagi tinjaun oleh akhbar Maariv menunjukkan Benny Gantz, yang mengetuai Parti Perpaduan Nasional, menjadi saingan sengit Netanyahu untuk jawatan Perdana Menteri.

Kebelakangan ini, Netanyahu berdepan tekanan protes mega mingguan di Tel Aviv yang menuntut pilihan raya umum baharu dan mendesak pembebasan tebusan di Gaza.

Puluhan ribu penunjuk perasaan konsisten berarak di jalanan sambil mengibar bendera Israel melaungkan slogan menentang kerajaan pemimpin ‘ekstremis’ itu.

Perhimpunan seumpamanya diadakan di bandar besar serata Israel setiap minggu bagi membantah cara Netanyahu mengendalikan perang dengan Hamas, yang kini memasuki sembilan bulan.

Bagaimanapun, gerakan protes itu belum mengubah landskap politik dan Netanyahu masih mengawal majoriti di Parlimen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×