42 wanita warga asing ditahan dalam Op Noda Khas di Seremban - Utusan Malaysia

42 wanita warga asing ditahan dalam Op Noda Khas di Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai enam lelaki tempatan dan 42 wanita warga asing masing-masing berusia 16 hingga 65 tahun ditahan dalam Op Cantas/Noda Khas yang dijalankan di enam buah premis hiburan sekitar daerah ini pada hari Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd. Khalid Othman berkata, operasi dijalankan adalah bagi mengekang kegiatan maksiat dan persundalan yang wujud di negeri ini.

“Wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada warga Thailand, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan China.

“Daripada semua tangkapan itu, lima wanita warga asing berkenaan didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.

“Selain itu, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM2,026 beserta peralatan hiburan yang digunakan di premis terbabit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut juga mendapati lima premis terlibat tidak mempunyai lesen perniagaan dan lesen hiburan.

Berikutan itu, katanya, polis telah membuka enam kertas siasatan melibatkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×