40 maut, bot pendatang terbakar di pantai Haiti

40 maut, bot pendatang terbakar di pantai Haiti

BOT berlepas dari Haiti membawa lebih 80 pendatang menuju ke Turks dan Caicos.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 40 orang maut selepas bot yang mereka naiki terbakar di luar pantai Haiti awal minggu ini, lapor Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) semalam.

IOM berkata, bot itu berlepas dari Haiti pada Rabu dengan membawa lebih 80 pendatang menuju ke Turks dan Caicos.

41 mangsa berjaya diselamatkan oleh Pengawai Pantai Haiti, katanya.

Ketua Misi IOM di negara itu, Gregoire Goodstein menyalahkan tragedi tersebut terhadap krisis keselamatan Haiti yang semakin meningkat serta kekurangan laluan selamat dan sah untuk migrasi.

“Haiti berada dalam keadaan sosio-ekonomi yang teruk. Keganasan melampau sepanjang beberapa bulan lalu hanya menyebabkan rakyat Haiti mengambil langkah terdesak,” katanya.

Haiti sedang bergelut dengan keganasan kumpulan, sistem kesihatan yang runtuh dan kekurangan akses kepada bekalan penting menyebabkan ramai rakyatnya mengambil risiko dengan perjalanan berbahaya keluar dari negara tersebut.

Krisis di negara Caribbean ini semakin memuncak pada awal tahun, apabila peperangan kumpulan tercetus, memaksa kerajaan ketika itu meletak jawatan.

Bilangan migrasi dengan bot dari Haiti meningkat sejak itu, menurut data IOM.

“Lebih 86,000 pendatang dihantar pulang secara paksa ke Haiti oleh negara jiran tahun ini.

“Pada Mac, walaupun terdapat lonjakan keganasan dan penutupan lapangan terbang di seluruh negara, pemulangan paksa meningkat sebanyak 46 peratus, mencecah 13,000 orang,” kata agensi itu.- CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×