SEREMBAN: Wisma Putra sentiasa membantu mengesan dan menjejak rakyat negara ini yang berada di luar negara selain membawa mereka pulang untuk kembali bersama keluarga di negara ini. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, negara mempunyai kaedah dan saluran bagi menjejak individu terlibat namun menghadapi kesukaran sekiranya mereka memang membuat pilihan untuk tidak mahu dikesan. “Selain menjalinkan hubungan diplomasi antara negara, memang tugas asas Wisma Putra adalah untuk menguruskan dan…










