JOHOR BAHRU: Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM584,000 lesap ditipu oleh ‘pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan’ (NSRC), bulan lalu. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang berusia 70 tahun itu pada Isnin lalu. Katanya, mangsa telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mendakwa dirinya ‘pegawai NSRC’ mengatakan mangsa terlibat dengan jenayah penipuan. “Mangsa kemudiannya telah dihubungi seorang pegawai polis yang…










