Vlogger Algeria dipenjara peluk orang awam untuk sebar

Vlogger Algeria dipenjara peluk orang awam untuk sebar keamanan 

MOHAMED Ramzi mencetuskan kemarahan orang ramai di negaranya selepas menyiarkan video eksperimen sosial di TikTok. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALGIERS: Seorang vlogger Algeria dihukum penjara dua bulan kerana disabitkan berkelakuan tidak senonoh dengan memeluk orang awam secara rawak yang didakwa untuk menyebarkan nilai positif dan keamanan.

Mohamed Ramzi, 30, mencetuskan kemarahan orang ramai di negaranya selepas menyiarkan video eksperimen sosial di TikTok.

Ramzi didakwa melakukan video yang diinspirasikan daripada vlogger terkenal Eropah seperti memeluk orang awam secara rawak di jalanan.

Perbuatan seumpama itu ternyata tidak disukai di Algeria, sekali gus mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam.

Malah, permohonan maaf Ramzi juga tidak dapat menghentikan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Tahun lalu, mahkamah mendapati dia tidak bersalah atas semua pertuduhan, tetapi kes itu kemudian dirujuk kepada Majlis Kehakiman Algeria selepas pendakwa raya membuat rayuan dan akhirnya didapati bersalah.

Pendakwa raya menuduh Ramzi berkelakuan tidak senonoh kerana video perbuatannya di khalayak ramai termasuk memaparkan dua gadis dengan skirt pendek dan salah seorang daripadanya juga mempunyai tatu.

Keputusan mahkamah memutuskan Ramzi untuk menghabiskan tempoh dua bulan hukuman penjara dan membayar denda RM173,927.

Selepas videonya mencetuskan kekecohan di Algeria, Ramzi tampil membuat permohonan maaf dan mendakwa tindakannya sekadar mahu menyebarkan keamanan serta kasih sayang.

Bagaimanapun, penjelasan itu masih tidak memuaskan hati pengkritiknya mahupun hakim.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN