'Undi UMNO diyakini berpihak kepada Cikgu Joohari'

‘Undi UMNO diyakini berpihak kepada Cikgu Joohari’

MOHAMAD Abdul Hamid (kiri) bersama Joohari Ariffin (tengah) Ketika ditemui pemberita selepas sesi Ceramah Perpaduan di Simpang Ampat, Nibong Tebal, malam tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid yakin reaksi positif pengundi menjadi petanda undi ahli UMNO akan berpihak kepada calon Perpaduan iaitu Dr. Johari Ariffin.

Kata Timbalan Pengerusi PKR negeri itu, ia susulan culaan pihaknya yang mendapati respon baik oleh pengundi UMNO sekali gus membuktikan undi mereka akan kembali kepada parti komponen dalam Perpaduan.

“Keadaan sekarang kita nampak positif dengan gerak kerja yang dilancarkan bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO di lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM). Insya-Allah, kita nampak akan beroleh kejayaan pada 6 Julai ini (hari mengundi). Sama-sama doakan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail yang menaruh keyakinan bahawa pengundi dalam kalangan ahli UMNO akan mengekalkan gelombang peralihan undi kepada parti itu pada PRK DUN Sungai Bakap.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, program menyantuni pengundi akan terus diperhebatkan menerusi tempoh kempen yang berbaki kurang seminggu lagi.

“Boleh dilihat, setiap hari, tanpa kira siang malam, kempen dipenuhi pelbagai aktiviti dan ceramah. Jentera kita juga tidak berhenti berjalan di setiap PDM ataupun Jentera Daerah Mengundi (JDM) di Sungai Bakap,” katanya.

Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Joohari dengan calon PN, Abidin Ismail.

Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lepas akibat penyakit keradangan dalam perut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×