OHIO: Sebuah hospital di Ohio menerima kehadiran bayi yang ‘luar biasa’ apabila perlu merawat dan mengendalikan tujuh pasang bayi kembar yang lahir serentak.
Klinik Kanak-Kanak Cleveland menerusi hantaran dalam media sosial memaklumkan Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan wad bersalin di Hospital Hillcrest ketika ini merawat beberapa pasangan bayi kembar.
“Berita ini merupakan kegembiraan berganda kepada pihak hospital kerana perlu menjaga tujuh pasang bayi kembar baru lahir serentak,” tulis hantaran itu.
Katanya, kelahiran itu melibatkan pasangan yang sudah berpengalaman dan mereka yang baru kali pertama bergelar ibu dan bapa.
“Ini adalah pengalaman pertama buat Scott dan Katie Krusinski yang menyambut kedatangan anak mereka, Finnegan dan Theodore.
“Sementara, pasangan Jason dan Kara Samblanet pula meraikan Reid dan Elliot sebagai ahli keluarga baharu yang kini berkembang menjadi tujuh orang,” katanya.- AGENSI










