Tujuh negara arah rakyatnya tinggalkan Lubnan

Tujuh negara arah rakyatnya tinggalkan Lubnan

KEPULAN asap selepas pengeboman Israel di kampung Kfarshuba berhampiran sempadan dengan Israel di Lubnan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Tujuh negara mengeluarkan arahan menggesa rakyatnya untuk meninggalkan Lubnan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap perang besar-besaran antara Israel dan Hezbollah.

Sementara itu, lima lagi negara menasihatkan rakyat mereka untuk mengelak daripada melakukan perjalanan ke Lubnan pada masa ini.

Semalam, Kedutaan Arab Saudi di Beirut menggesa rakyat yang berada di Lubnan untuk meninggalkan negara itu dengan segera, selain meminta mereka berhubung terus dengan kedutaan sekiranya berlaku kecemasan.

Australia juga menasihatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke Lubnan, berikutan keadaan keselamatan yang tidak menentu.

Menteri Luarnya, Penny Wong menggesa warga Australia di Lubnan supaya segera meninggalkan negara itu sementara penerbangan komersial masih beroperasi.

Arahan sama turut dikeluarkan Kementerian Luar Belanda, Kementerian Luar Jerman dan kerajaan Kanada.

Amaran itu dibuat selepas Kuwait pada 22 Jun lalu, menggesa rakyatnya untuk mengelak perjalanan ke Lubnan dan meninggalkan secepat mungkin negara itu, berikutan konflik di rantau berkenaan.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Beirut turut mengeluarkan nasihat sama pada 5 Jun, diikuti United Kingdom (UK), Russia, Ireland dan Jordan.

Ketegangan meningkat di sepanjang sempadan Lubnan dengan Israel, susulan serangan rentas sempadan antara Hezbollah dan rejim Zionis ketika Tel Aviv menggiatkan operasi ketenteraan di Gaza.- ANADOLU

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×