SEREMBAN: Tiga orang anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas enam pertuduhan menerima rasuah keseluruhan berjumlah RM7,150 supaya tidak memeriksa lori milik sebuah syarikat yang membawa keluar barang dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2017 hingga 2022. Ketiga-tiga tertuduh Earizal Mohd. Khalil, 41, Ngu Su Siew, 35, dan Mohamad Izuwan Mohd. Ali, 32, yang bertugas sebagai Pembantu Penguasa Kastam bagaimanapun…