'Terima kasih PDRM, atas layanan diberikan' - Utusan Malaysia

‘Terima kasih PDRM, atas layanan diberikan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk dan nenek kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin menzahirkan penghargaan atas sikap profesional Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang penahanan mereka selama 24 jam.

Zahari Mohd. Reba berkata, dia dan isterinya dilayan dengan baik semasa proses mengambil keterangan dijalankan.

“Saya dan isteri dilayan dengan baik, diberi makan dan minum, saya sejujurnya amat berterima kasih kepada pihak polis.

“Saya ditahan semalam (Rabu) dan dibawa terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk rakam keterangan, memang mereka laksana tugas dengan baik,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang akhbar di pekarangan luar IPD Petaling Jaya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Terdahulu, ibu bapa kepada Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism itu, pada Disember tahun lalu.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai kira-kira pukul 10 malam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang selama 36 jam sebelum ditemukan terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×