ISKANDAR PUTERI: Bagi mengelakkan kepupusan spesies dugong di negara ini, Jabatan Perikanan melaksanakan penanaman semula rumput laut di Pulau Tinggi dan Pulau Sibu, Mersing yang merupakan kawasan ragut habitat mamalia itu. Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, usaha itu dilakukan bagi menarik kehadiran dugong yang juga dikenali sebagai lembu laut di kedua-dua pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut itu. Katanya, bagi merancakkan usaha penanaman rumput laut…










