KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandung perempuan mereka sehingga menyebabkan kematian, Disember tahun lalu. Suri rumah, Fatin Afrina Abdullah, 26, dan pemandu e-hailing, Muhamad Fuad Jamaluddin, 29, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Azrol Abdullah. Sebelum ini kedua-duanya yang ditahan dipenjara sejak Disember 2023, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di…