SEJAJAR dengan pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa, lori-lori perdagangan juga terus bertambah bagi menyokong perniagaan dan industri yang terlibat.
Sektor pengangkutan sememangnya penting kerana barangan perlu dihantar ke pasaran yang boleh dikatakan berada di seluruh negara dan sebab itulah jumlahnya terus bertambah.
Pada tahun 2023 misalnya, berdasarkan data Kementerian Pengangkutan, terdapat kira-kira 60,000 lori baharu didaftarkan yang membuktikan tentang pertumbuhan kemakmuran ekonomi negara.
Namun di sebalik itu semua, terdapat pihak yang cuba menjimatkan kos operasi atas alasan kos penyelenggaraan terlalu tinggi. Maka timbullah isu seperti tayar celup berkualiti rendah, alat ganti murah, tiada penyelenggaraan, membawa muatan berlebihan dan penipuan ketika pemeriksaan kenderaan setiap enam bulan sekali.
Ia bukan rahsia lagi dalam kalangan pemilik, pemandu lori dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab kerana semuanya telah terbukti apabila berlaku kemalangan jalan raya.. Malah selepas nahas berlaku, pemandu biasanya mendakwa brek kenderaan tidak makan.
Jarang belaku pemandu mendakwa mereka membawa laju atau melakukan kesalahan jalan raya lain, kecuali saksi lain yang melihat kenderaan tersebut dibawa laju dan tidak tentu arah.
Kejadian terbaharu di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang Ahad lalu juga menyaksikan masalah brek dipersalahkan apabila sebuah lori membawa barang lusuh melanggar beberapa kenderaan dan seorang bayi maut dalam nahas itu.
Nahas itu agak tragis apabila bayi berusia setahun empat bulan maut itu dikatakan anak kepada pasangan suami isteri yang menunggu lama untuk mendapat cahaya mata. Kejadian itu turut menyebabkan tujuh lagi mengalami kecederaan ketika kesemua mangsa berada dalam tiga kenderaan yang sedang beratur untuk membayar tol di plaza berkenaan.
Kita juga bersimpati dengan pemandu lori yang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Lebih malang apabila pemandu berusia 42 tahun itu dengan rekod jenayah lampau yang sedang mencari rezeki selepas diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.
Kadangkala ada pemandu yang berada di tempat salah dan masa yang salah. Mungkin betul dakwaan mereka, lori menghadapi masalah brek dan hanya mengikut arahan majikan. Sepatutnya pemilik lori juga perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi oleh lori sehingga menjadi punca kemalangan.
Sebelum ini juga pernah berlaku seorang pemandu lori mendakwa lori dipandunya menghadapi masalah brek sehingga merempuh lori Polis Simpanan Persekutuan sehingga menyebabkan sembilan anggotanya meninggal dunia.
Pihak berkuasa perlu bertegas dengan kenderaan perdagangan dengan mengadakan sekatan lebih kerap bagi menyekat lori-lori yang tidak memenuhi spesifikasi keselamatan berada di atas jalan raya.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia. – UTUSAN
Nahas lori yang terus berulang

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved