PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu memaklumkan segera kekosongan tujuh wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti mana termaktub di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan. Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional (SCPP) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya berpendirian bahawa tujuh wakil rakyat terabit telah terhenti keahlian Bersatu selepas 31 Mei lalu apabila gagal mematuhi arahan parti bagi menyatakan…










