SEREMBAN: Taktik licik sindiket mencuri elektrik untuk aktiviti perlombongan bitcoin yang menyasarkan perumahan baharu dan kurang penghuni terbongkar dalam operasi dijalankan Suruhanjaya Tenaga (ST) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Tiara Sendayan di sini hari ini. Pengarah Kawasan ST Negeri Sembilan dan Melaka, Ir. Amir Faisal Khamshah berkata, dalam operasi bermula pukul 11 pagi itu, dua premis rumah teres dua tingkat tanpa penghuni dikesan digunakan untuk aktiviti bitcoin dengan melakukan…










