Sejuta umat Islam tiba sejak Ahad

Sejuta umat Islam tiba sejak Ahad

SEBANYAK 935,966 jemaah sudah pun dilaporkan tiba sehingga Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Sejak hujung bulan lalu, ratusan ribu umat Islam mula memasuki Arab Saudi dan dijangka mencecah hampir tiga juta orang pertengahan bulan ini.

Berdasarkan Direktorat Umum Pasport (Jawazat), sebanyak 935,966 jemaah sudah pun dilaporkan tiba sehingga Ahad lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia turut mendapati beberapa kawasan terutama di pekarangan dan mataf Masjidil Haram mula dipenuhi jemaah haji hampir setiap masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah kehadiran jemaah haji dari lebih 15 negara jelas kelihatan menerusi pakaian ihram dan pelekat di beg sandang yang tertera logo bendera negara ma­sing-masing.

Antara negara yang boleh di­lihat adalah Indonesia, Turkiye, Burkina Faso, Nigeria, Chad, India, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Pakistan.

Mereka datang dari seluruh pelosok dunia dan akan berkumpul secara serentak di Arafah pada hari wukuf yang dijadualkan 15 Jun ini.

Dalam usaha memastikan umat Islam dapat beribadah dengan sempurna pada musim haji ini, kerajaan Arab Saudi giat melakukan penambahbaikan infrastruktur dan perkhidmatan terutama di Masjidil Haram melibatkan peruntukan besar. Antaranya membuat turapan sejuk di kawasan seluas 25,000 meter persegi bersebelahan Masjid Namira di Arafah.

Menurut portal Saudi Gazette, inisiatif yang dikatakan diper­kenalkan tahun lalu itu mampu menurunkan suhu sekitar.

Seterusnya dalam masa sama dapat memberi kelegaan kepada para jemaah ketika me­nunggu dan berhimpun pada hari wukuf.

Sementara itu, mesyuarat Kabinet kerajaan semalam mengumumkan segala persiapan bagi musim haji 1445H/2024 kini selesai sepenuhnya.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud turut mendoakan jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan lancar dan mendapat haji yang mabrur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini