Sebahagian kem perlindungan hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah

Sebahagian kem perlindungan hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah diserang rejim Zionis

KAWASAN perkhemahan di kem perlindungan di Gaza yang terkena serangan rejim Zionis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebahagian daripada kem perlindungan ‘friendship shelter’ hasil sumbangan rakyat Malaysia di Gaza yang menempatkan 95 keluarga musnah dibom rejim Zionis, awal bulan lalu.

Pengurus Besar Econsave Cash and Carry Sdn. Bhd., Mas Imran Adam berkata, kem perlindungan yang mempunyai 58 buah khemah dibina oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) dengan kerjasama Econsave.

Kem yang siap dibina pada 27 Mei lalu melibatkan sumbangan berjumlah RM120,000 untuk pembinaan khemah dan RM250,000 bagi tandas, longkang, lampu, telaga air, tangki air dan saluran kumbahan.

“Sebahagian kem perlindungan ini telah menempatkan 95 buah keluarga dan 58 buah khemah telah musnah akibat serangan tentera Israel pada 8 Jun lalu.

“Serangan tersebut turut mengorbankan seorang wanita dan lima orang lagi telah mengalami kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terletak di An Nusairat tengah Gaza, kem perlindungan tersebut masih boleh diduduki  penduduk setelah tempat perlindungan terbesar di Rafah menjadi sasaran utama rejim Zionis.

Justeru, Mas Imran mengajak rakyat Malaysia untuk terus menyumbang kepada rakyat Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN