MEKAH: Khairunnisa Abdullah, 47, tidak pernah menyesal dengan jalan kehidupan yang dipilihnya walaupun memberi kesan besar. Wanita berasal dari Sarawak ini reda biarpun hampir dibuang kedua-dua ibu bapa ketika menyatakan hasrat awal memeluk Islam. Khairunnisa yang merupakan anak seorang paderi kini lebih selesa dan berbangga apabila bergelar Muslimah. Malah, dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan nekad bergelar Muslimah sejati selepas perkahwinan kali kedua dengan Abdul Rahman Jawawi, 53. “Apabila bertemu jodoh dengan suami kedua, barulah saya dapat jumpa Islam sebenar. Dia mengajar saya tentang solat sehinggalah menutup aurat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya