‘Saya malu kerana sudah dua kali masuk penjara’

‘Saya malu kerana sudah dua kali masuk penjara’

SEBAHAGIAN banduan yang dibebaskan sempena program Pelepasan Banduan Secara Lesen Ihsan Madani - Kepulangan Yang Dinanti sempena Hari Raya Aidiladha Penjara Marang, semalam. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: “Saya malu dengan diri sendiri kerana sudah dua kali masuk penjara, namun keluarga tetap sudi terima saya seadanya.”

Itu luahan Zack, 35, yang merupakan antara 118 banduan dibebaskan melalui program Pelepasan Banduan Secara Le­sen (PBSL) Ihsan Madani – Kepulangan Yang Dinanti sempena Hari Raya Aidiladha di Penjara Marang di sini, semalam.

Anak keenam daripada lapan beradik itu berkata, dia dima­sukkan ke penjara kali pertama pada 2016 kerana kesalahan menagih dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah bebas, saya cuba menjalani kehidupan normal, namun kembali terjebak dengan penagihan dadah dan dimasukkan semula ke dalam penjara pada Februari lalu.

“Mungkin iman tidak kuat lagi untuk menahan daripada godaan bahan terlarang itu. Alhamdulillah, saya diberi peluang lagi untuk bebas kali ini dan berazam mahu menjadi anak yang baik, berbakti kepada ibu dunia akhirat,” katanya.

Ibunya yang ingin dikenali sebagai Fatimah, 65, pula berkata, dia sentiasa percaya anaknya itu akan berubah menjadi lebih baik pada suatu hari nanti.

“Makcik sentiasa beri restu agar dia dapat menjalani hidup di jalan Allah SWT dan akan terus membimbingnya sebaik sahaja bebas kali ini,” katanya.

Seorang lagi banduan yang ingin dikenali sebagai Ray, 29, pula berkata, dia berharap masyarakat akan menerimanya dengan ikhlas untuk memulakan hidup baharu dan berazam mahu mempunyai keluarga sendiri satu hari nanti.

“Sepanjang berada dalam penjara, saya kembali menghayati ajaran Islam dengan lebih sempurna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini