Rantai penyelamat nyawa dari peluru

Rantai penyelamat nyawa dari peluru

PELURU tersangkut pada rantai 10 mm lebar yang dipakai oleh mangsa. -Skynews
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLORADO: Seorang lelaki hampir maut apabila ditembak di bahagian leher di sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS), namun terselamat kerana peluru tersebut terkena pada rantai yang dipakainya.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, polis Colorado berkata, mangsa yang tidak didedahkan namanya ditembak selepas berlaku pertengkaran.

Mangsa nyaris maut apabila peluru kaliber .22 tersangkut pada rantai perak di lehernya, menyebabkan dia hanya mengalami cedera ringan akibat luka tusukan peluru.

Pegawai di Commerce City berhampiran Denver berkata, rantai perak berukuran 10 milimeter (mm) lebar itu mungkin satu-satunya punca mangsa masih hidup.

“Kami menyangkakan dia benar-benar mengelak daripada peluru, tetapi peluru itu terkena pada  rantai berkenaan,” katanya.

Lelaki yang disyaki bersenjata, juga tidak dikenali, ditahan di tempat kejadian dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

Polis memberitahu bahawa walaupun rantai itu berwarna perak, ia berkemungkin tidak tulen kerana perak adalah logam yang lebih lembut dan mungkin tidak dapat menghalang peluru.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN