Raja Salman taja 1,000 lagi rakyat Palestin tunai haji

Raja Salman taja 1,000 lagi rakyat Palestin tunai haji

RAJA Salman menaja 1,000 lagi ahli keluarga rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan Israel menunaikan haji tahun ini.-SPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 1,000 lagi ahli keluarga rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan Israel di Gaza untuk menunaikan haji tahun ini, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Arahan itu dibuat selepas perintah sama dikeluarkan pada Mei lalu, juga untuk 1,000 ahli keluarga Palestin yang terbunuh atau cedera di Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan jemaah dari Palestin kali ini kepada 2,000 orang.

Insentif itu adalah sebahagian daripada Program Tetamu Dua Masjid Suci untuk Haji dan Umrah, yang dikendalikan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejak penubuhannya 26 tahun lalu, lebih 60,000 jemaah diraikan di bawah program itu.

Dalam perkembangan lain, Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Arab Saudi merasmikan kenderaan pemantau automatik pertama untuk musim haji tahun ini.

Ia berfungsi untuk mengesan pematuhan pelbagai mod pengangkutan di Mekah, Madinah dan tempat suci lain.

Dengan ketepatan sehingga 99 peratus, gerabak automatik itu menggunakan pengawasan mudah alih yang menentukan jenis dan menyediakan data kenderaan, termasuk bas, trak dan teksi, bagi memastikan pengangkutan yang selamat untuk jemaah haji.

Langkah itu menyumbang kepada peningkatan pematuhan terhadap peraturan dan memastikan kecekapan operasi pemantauan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini