JOHOR BAHRU: Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali menempelak tindakan individu yang cuba mengheret penganjuran ‘Program Permohonan Kewarganegaraan’ ke kancah sempit perkauman. Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata, tuduhan itu tidak berasas dan berniat mengganggu gugat keharmonian negara. “Saya sedih apabila mendapati ada pihak menangguk di air yang keruh dengan mengheret isu ini ke kancah sempit perkauman. Beberapa kupasan dalam media sosial cuba…










