Pertandingan ratu cantik AI pertama di dunia

Pertandingan ratu cantik AI pertama di dunia

MODEL AI dari Romania, Aiyana Rainbow adalah suara golongan LGBT, yang mempromosi kasih sayang dan kepelbagaian.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Tidak hanya mengambil alih tugas beberapa industri, teknologi kecerdasan buatan (AI) nampaknya sudah mula memperluaskan manfaat dalam arena ratu cantik.

Kecantikan model AI bakal dipertandingkan dalam pertandingan ratu cantik pertama di dunia iaitu Fanvue Miss AI.

Pertandingan ini akan menilai kecantikan peserta, pengaruh media sosial dan penggunaan alatnya oleh pencipta mereka.

Namun, pertandingan yang bermula pada April lalu oleh Fanvue itu menjadi topik bualan hangat seluruh dunia dan mencetuskan kontroversi dalam talian.

Berdasarkan populariti model AI seperti Aritana Lopez dan Emily Pellegrini dalam media sosial, acara seperti ini pasti akan berlaku dan ada signifikan.

Kira-kira 1,500 model dijana AI diserahkan oleh pencipta dari seluruh dunia, tetapi hanya 10 daripada mereka disenarai pendek sebagai finalis.

Tiga peserta teratas berpeluang memenangi hadiah berjumlah AS$20,000 (RM93,814) dan pencipta yang dinobatkan sebagai Miss AI dijangka membawa pulang AS$5,000 (RM23,453).

Acara ini membawa makna lebih besar bukan sekadar hadiah wang tunai kerana memenangi pertandingan ratu cantik pertama di dunia untuk model wanita yang dijana AI pasti akan membuka peluang baharu dalam ruang AI yang semakin berkembang pesat.

Matlamat utama model AI, Anne Kerdey dari Perancis adalah untuk mempromosikan wilayah negaranya, iaitu Brittany.

Dia mewakili Brittany dalam aspek pelancongan, sejarah, budaya, acara, gastronomi dan banyak lagi.

“Anugerah ini bukan hanya memperkenalkan kecantikan, tetapi turut mendedahkan kisah latar belakang mereka yang menghasil model-model AI.

“Itulah keindahan ruang pencipta AI,” kata pencipta bersama Fanvue, Will Monange.

AI sudah pun digambarkan sebagai sempadan baharu dalam pemasaran kandungan dan pengaruh dengan kelebihan yang paling kerap disebut ialah ketersediaan model 24/7, termasuk penyelenggaraan yang rendah berbanding orang sebenar dan boleh muncul hampir di mana-mana pada bila-bila masa.

Teknologi ini masih belum sempurna kerana kebanyak model yang dijana AI mudah dikenali sebagai palsu, namun teknologinya berkembang sangat pantas.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN