Perantau Kelantan 'serbu' Pasar Besar Siti Khadijah beli keperluan sambut Aidiladha esok

Perantau Kelantan ‘serbu’ Pasar Besar Siti Khadijah beli keperluan sambut Aidiladha esok

INISIATIF baucar buku bakal memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT warganegara Malaysia yang akan dilaksanakan secara berfasa bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2024. – UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pasar Besar Siti Khadijah di sini yang merupakan ikon pelancongan Kelantan diserbu orang ramai termasuk perantau semalam untuk membeli barangan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Utusan Malaysia mendapati, pelanggan mula memenuhi pasar itu kira-kira pukul 7 pagi tadi untuk membeli beberapa barangan keperluan termasuk santan, rempah-ratus, ayam dan sayur-sayuran.

Seorang peniaga ayam proses, Aminah Awang, 56, berkata, pelanggan yang datang ke Pasar Besar Siti Khadijah kali ini dilihat membeli barangan keperluan dengan kuantiti yang sedikit berbanding semasa sambutan Hari Raya Aidifitri baru-baru ini.

Katanya, dia mendapati tidak ramai pelanggan yang membeli ayam proses sempena Hari Raya Aidiladha.

“Tetapi, ayam yang dijual di sini tetap laku, cuma kuasa membeli dilihat sedikit berkurang daripada pembeli.

“Mungkin orang ramai sudah banyak mengeluarkan belanja untuk ibadah korban,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah di sini hari ini.

Bagi peniaga santan, Zahirah Osman, 53, berkata, tidak ramai pelanggan yang datang membeli santan menjelang sambutan Aidiladha pada tahun ini.

Menurutnya, kebanyakannya membeli dengan kuantiti yang sedikit iaitu tiga hingga empat kilogram (kg) sahaja berbanding menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu apabila ada pelanggan membeli santan sehingga 10 kg.

“Sebagai peniaga, saya sudah dapat membaca trend pembelian daripada pelanggan setiap tahun. Kebiasaannya daging korban itu banyak dimasak sup dan tidak menggunakan santan,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Rosni Mohamad, 58, berkata, dia juga tidak membeli barangan keperluan yang banyak untuk sambutan Aidiladha berbanding pada Aidilfitri.

Menurutnya, segala kelengkapan masakan digunakan selepas sembelihan haiwan korban dan bukannya sebelum Aidiladha.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×