Penyertaan Azeem dibatalkan, 'false start' separuh akhir 200m Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Penyertaan Azeem dibatalkan, ‘false start’ separuh akhir 200m Terbuka Malaysia

Muhammad Azeem Fahmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penyertaan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dalam acara 200 meter (m) Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 berakhir selepas dibatalkan kerana melakukan ‘false start’ pada saingan separuh akhir di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Ketika ditemui pemberita, pelari berasal dari Perak berusia 20 tahun tersebut berkata, beliau meminta maaf kerana apa yang berlaku di luar kawalannya.

“Apa yang berlaku ini atas kesalahan saya, saya sendiri tidak sabar. Tak apa tak ada rezeki saya dalam acara 200m. Saya tidak mahu jadikan alasan dan akan kembali fokus dalam acara 100m esok.

“Diharapkan semuanya berjalan baik untuk acara 100m esok,” katanya di sini hari ini.

Pada Mei 2022, hasrat Malaysia untuk mempertahankan pingat emas 100m Sukan SEA Vietnam punah selepas Muhammad Azeem tersingkir seawal peringkat saringan ekoran ‘false start’.

Azeem yang terkenal dengan julukan ‘Usain Bolt Malaysia’ turun beraksi di saringan kedua disingkirkan selepas pegawai pertandingan menyatakan pelari negara itu bermula awal sebelum daripada tembakan dilepaskan ke udara.

Pada Julai 2022, Azeem bersama beberapa pelari negara menjalani simulasi menggunakan sistem blok permulaan, dijalankan dengan kerjasama INNOTEX System Corporation Sdn. Bhd. (ISCSB) bersama Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Selain Azeem, simulasi penggunaan Seiko False Start System turut diuji oleh pelumba negara seperti Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Arsyad Md. Saat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×